Program Hari Terbuka dan Gerai Jualan 2010
>> Friday, June 25, 2010
Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
-:: Klik pada gambar untuk gambar lain ::-


Program Hari Keluarga SABP 2010
>> Thursday, June 10, 2010
Tarikh : 8 - 9 Jun 2010
Hari : Selasa - Rabu
Tempat : Pantai Teluk Gorek, Mersing
-:: Klik pada gambar di atas untuk ke gambar seterusnya ::-MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010
>> Friday, June 4, 2010
Dengan hormatnya dimaklumkan,Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada:-
5 Jun 2010(Sabtu) hingga 20 Jun 2009(Ahad)
Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti serta mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.
Sekian terima kasih
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 13 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
>> Wednesday, May 26, 2010
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 13 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Khamis
Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Bandar Pontian
Dirasmikan oleh : Tuan Haji Kamaruddin Bin Komeng Al-Hafiz
(Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian)
Ibu bapa/penjaga dijemput hadir.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
>> Sunday, May 23, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Bandar Pontian
akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Isnin
Tarikh : 24 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi ( Sesi Pagi )
2.00 petang ( Sesi Petang )
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
"TERIMA KASIH CIKGU"
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
SELAMAT HARI GURU
>> Friday, May 14, 2010
"SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN."
Semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran mendidik anak-anak bangsa.
Amin..Amin Ya Rabbal 'Alamin.
JADUAL PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010
>> Thursday, May 6, 2010
Tahap 2 : 17 Mei 2010 - 21 Mei 2010
:: JADUAL PEPERIKSAAN ::
( TADIKA AGAMA JOHOR) _______________________________________________
_______________________________________________
Selamat Menduduki Peperiksaan kepada murid-murid Sekolah Agama Bandar Pontian. Semoga kejayaan mengiringi anda semua. Amin
Ikhlas dari : Warga Guru Sekolah Agama Bandar Pontian.
Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana
>> Saturday, April 24, 2010

Murid-murid Darjah 6 Sekolah Agama Bandar Pontian akan menyertai Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Al-Faizin, Parit Semerah
Anjuran : Majlis Guru Agama Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )
Diharapkan program tersebut berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.
Sekalung Tahniah
>> Thursday, April 22, 2010
Tahniah diucapkan kepada :
1- Adik Mohd Nasirudin Bin Rahamat ( Johan Al-Quran Lelaki Tahap 2)
2- Adik Fatin Atikah Binti Mohan Happy ( Naib Johan Al-Quran Perempuan Tahap 2 )
3- Adik Waliyahtul Mumtazah Binti Mohd Fauzi ( Naib Johan Syarahan Tafsir Ayat )
4- Adik Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan ( Naib Johan Syarahan Bahasa Arab )
5- Adik Siti Nur Umairah Binti Md Yunos ( Ketiga Al-Quran Perempuan Tahap 1 )
kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )
Warga SA Bandar Pontian berbangga dengan kejayaan tersebut.
Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah)
Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Nor Hazirah Binti Sazali
Berzanji Tahap 2 ( L )- Amirul Adli Bin Wahidon
Syarahan Bahasa Arab - Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1431 H / 2010M DAN KERAIAN GURU BERPINDAH
>> Thursday, April 8, 2010

Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Pontian dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Pontian akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H pada 9 & 10 April 2010 ( Jumaat dan Sabtu ).
Aturcara :
9 April 2010 ( Jumaat)
2.30petang - Pendaftaran peserta pertandingan
2.40 petang - Pengadil Pertandingan mengambil tempat
2.45 petang - Pertandingan dimulakan
- Mewarna- Kuiz Sirah
- Cantik Jawi
- Nasyid dan Marhaban
5.00 petang - Pertandingan tamat dan bersurai
10 April 2010 ( Sabtu )
7.30 pagi - Murid-murid berkumpul
7.45 pagi - Perarakkan bermula
- Masuk ke dalam dewan
- Bacaan Doa - Bacaan Berzanji dan Selawat
- Ceramah Maulidur Rasul
- Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
- Penyampaian Cenderahati kepada guru-guru yang berpindah - Jamuan diedarkan dan bersurai
Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.
++ Klik SINI untuk melihat gambar-gambar yang lain++KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2010
>> Friday, March 12, 2010

Dimaklumkan bahawa Unit HEM, Sekolah Agama Bandar Pontian akan mengadakan "Kursus Kepimpinan Pelajar 2010" seperti mana ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mac 2010
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
Kehadiran : Wajib ( Pengawas, Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas.)
Fasilitator Jemputan :
1) Muhammad Halmi Bin Jaapar ( Ketua ) - SRAB Kluang
2) Mohammad Zahdidi Bin Abdullah - SRAB Kota Tinggi
3) Mustakim Bin Madi - Guru Penolong, SA Batu 26, Kulai Jaya
4) Mohd Syahril Bin Ramdan - Guru Penolong, SA Ladang Bukit Benut, Kluang
5) Siti Aishah Binti Sutarmo - Guru Penolong, SA Parit Semerah, pontian
6) Norlila Binti Hasmun - Guru Penolong Kanan 1 SA Taman Tasik
7) Mohd Khalid Bin Darmin - Guru Penolong, SA Parit Semerah, Pontian
MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2010

Bermula 13 Mac 2010 cuti pertengahan penggal akan bermula hingga 21 Mac 2010. Kepada semua pelajar yang akan bercuti diharapkan dapat memanafaatkan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.
Tempoh bercuti bukan bermakna proses pembelajaran terhenti seketika, namun pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh bercuti masih boleh dianggap proses pembelajaran secara tidak langsung. Rajin rajinlah membaca dan gunakanlah teknologi yang ada untuk menambah pengetahuan.
Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Mudah mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing masing akan melangkah semula ke sekolah dengan semangat dan azam yang tinggi untuk menunaikan amanah dan tanggung jawab. Selamat bercuti dari seluruh warga Sekolah Agama Bandar Pontian
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS TAHUN 2009

Makluman Kepada Ibubapa/Penjaga
Murid Sekolah Agama Bandar Pontian,
Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Tahun 2009 Boleh Diambil Di Pejabat Sekolah Agama Bandar Pontian Bermula:-
Tarikh: 12/03/2010(Jumaat)
Masa:Waktu Persekolahan.
Tuan/Puan @Anak Boleh Berjumpa Dengan Pembantu Tadbir(Pn Sahidawati)
Majlis Guru Mengucapkan Tahniah Bagi Pelajar Yang Berjaya
MAKLUMAN UJIAN SETARA
Adalah di maklumkan, ujian setara Mac akan diadakan pada 8, 9,10, 11 dan 12 Mac 2010.
Pelajar-pelajar diharap dapat mengulangkaji pelajaran iaitu Tauhid,Ibadat, Akhlak, Tulisan Jawi dan Sirah.
Selamat Menjalani Ujian dari Warga Guru SA Bandar Pontian.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian 1431 H
>> Friday, February 26, 2010
Pada 26 Februari 2010, Sekolah Agama Bandar Pontian telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah Peringkat Daerah Pontian yang bertempat di Masjid Jamek Bandar Pontian.
Semua kontinjen telah berkumpul di Padang Mini Pontian dan Perarakan ini telah dimulakan oleh Kontinjen dari SMK Dato' Penggawa Barat dan seterusnya kontinjen dari sekolah-sekolah berhampiran sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Kontinjen-kontinjen adalah dari SMK Dato' Penggawa Barat, Maahad Pontian, SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA), SMK Sri Perhentian, SK Tengku Mahmood Iskandar 1, SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Bandar Potian, Tadika Nadi Permata, Sekolah Agama Bandar Pontian dan Sekolah Agama Parit Semerah.
Terima kasih kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam perbarisan tersebut.
"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan tersebut :













Read more...









