Minggu Ukhuwwah Sekolah (MUS)

>> Sunday, January 31, 2010



Sekolah Agama Bandar Pontian merupakan salah sebuah Sekolah Agama di daerah Pontian yang terpilih untuk melaksanakan Program Rintis "MINGGU UKHUWWAH SEKOLAH (MUS)" bagi murid-murid darjah 1.

Melalui program ini, murid-murid darjah 1 telah diberikan pendedahan awal berkenaan suasana pembelajaran di sekolah agama.

Program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh guru-guru darjah 1 Sekolah Agama Bandar Pontian iaitu Ustazah Haslina, Ustazah Adura dan Ustazah Aziah.

Tahniah diucapkan kepada yang terlibat dalam menjayakan program rintis ini.

Terima kasih.

Berikut adalah sekitar Program Minggu Ukhuwwah Sekolah :

Read more...

DAULAT TUANKU - SULTAN KE - 5 JOHOR MODEN

>> Saturday, January 23, 2010

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ibni Al-Marhum Sultan Iskandar yang di lantik sebagai Pemangku Raja semalam telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang kelima dalam sejarah pemerintahan Kesultanan Johor Moden.

Baginda yang dikenali sebagai TMJ (Tunku Mahkota Johor) kini menjadi Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan takluk Negeri Johor Darul Ta'zim.

Kami warga SA Bandar Pontian yakin dan percaya dengan pengalaman Baginda selama beberapa tahun sebagai Tengku Mahkota Johor dan dengan bimbingan Almarhum Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar, Baginda Tuanku akan menjadi penaung dan tempat berteduh bagi rakyat jelata khususnya bagi Negeri Johor Darul Ta'zim dan umumnya bagi negara Malaysia ini.

Kami dan sekalian rakyat jelata Negeri Johor mendoakan semoga Allah S.W.T memberkati dan mempermudahkan urusan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Tuanku dapat meneruskan kecemerlangan pemerintahan Johor Moden.

DAULAT TUANKU...

SEMOGA ALLAH S.W.T LANJUTKAN USIA TUANKU


Read more...

DYMM Sultan Johor Mangkat - Al Fatihah


Dukacita dimaklumkan bahawa Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada 22 Januari 2010 selepas memerintah Johor hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Al Fatihah

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor.

Read more...

Sekitar Hari Pembayaran Yuran 2010 di SA Bandar Pontian

Read more...

Selamat Datang Ke Alam Persekolahan 2010 dan Kembali ke Sekolah 2010



Warga Guru Sekolah Agama Bandar Pontian mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2010.

Teruskan usaha anda dalam menuntut ilmu agama.

Read more...

Selamat Datang Ke Blog Sekolah Agama Bandar Pontian

>> Friday, January 22, 2010





Read more...

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP