Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian 1431 H

>> Friday, February 26, 2010

Pada 26 Februari 2010, Sekolah Agama Bandar Pontian telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah Peringkat Daerah Pontian yang bertempat di Masjid Jamek Bandar Pontian.



Semua kontinjen telah berkumpul di Padang Mini Pontian dan Perarakan ini telah dimulakan oleh Kontinjen dari SMK Dato' Penggawa Barat dan seterusnya kontinjen dari sekolah-sekolah berhampiran sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.



Kontinjen-kontinjen adalah dari SMK Dato' Penggawa Barat, Maahad Pontian, SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA), SMK Sri Perhentian, SK Tengku Mahmood Iskandar 1, SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Bandar Potian, Tadika Nadi Permata, Sekolah Agama Bandar Pontian dan Sekolah Agama Parit Semerah.



Terima kasih kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam perbarisan tersebut.




"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"



Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan tersebut :



0 comments:

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP