MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2010

>> Friday, March 12, 2010


Bermula 13 Mac 2010 cuti pertengahan penggal akan bermula hingga 21 Mac 2010. Kepada semua pelajar yang akan bercuti diharapkan dapat memanafaatkan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Tempoh bercuti bukan bermakna proses pembelajaran terhenti seketika, namun pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh bercuti masih boleh dianggap proses pembelajaran secara tidak langsung. Rajin rajinlah membaca dan gunakanlah teknologi yang ada untuk menambah pengetahuan.

Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Mudah mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing masing akan melangkah semula ke sekolah dengan semangat dan azam yang tinggi untuk menunaikan amanah dan tanggung jawab. Selamat bercuti dari seluruh warga Sekolah Agama Bandar Pontian

0 comments:

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP