Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian 1431 H

>> Friday, February 26, 2010

Pada 26 Februari 2010, Sekolah Agama Bandar Pontian telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah Peringkat Daerah Pontian yang bertempat di Masjid Jamek Bandar Pontian.



Semua kontinjen telah berkumpul di Padang Mini Pontian dan Perarakan ini telah dimulakan oleh Kontinjen dari SMK Dato' Penggawa Barat dan seterusnya kontinjen dari sekolah-sekolah berhampiran sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.



Kontinjen-kontinjen adalah dari SMK Dato' Penggawa Barat, Maahad Pontian, SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA), SMK Sri Perhentian, SK Tengku Mahmood Iskandar 1, SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Bandar Potian, Tadika Nadi Permata, Sekolah Agama Bandar Pontian dan Sekolah Agama Parit Semerah.



Terima kasih kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam perbarisan tersebut.




"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"



Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan tersebut :



Read more...

Bergotong Royong menyiapkan sepanduk Maulidur Rasul 1431 H

>> Thursday, February 25, 2010















Read more...

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H

>> Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Warga Sekolah Agama Bandar Pontian mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam khususnya...


Tahun ini jika dilihat kepada kalendar Islam, kita telah memasuki tahun 1431 Hijrah. Tahun ini "Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah" menjadi tema kepada sambutan Maulidur Rasul.

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Jika diimbas kembali sejarah Rasullah SAW, banyak pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan. Sehinggalah agama Islam telah mencapai kegemilangan dan kejayaannya. Tetapi kita harus ingat, dewasa ini banyak perpecahan antara umat Islam sehingga membawa kepada perpecahan di kalangan kita. Bagi musuh-musuh Islam mereka amat bergembira dengan perpecahan ini, sehingga mereka berani mengambil kesempatan ke atas saudara Islam kita yang lemah dan tidak berkemampuan. Oleh itu, sempena sambutan Maulidur Rasul ini, sedarlah wahai umat Islam, bangunlah dan berikrarlah untuk menegakkan Syiar Islam dan mencapai kejayaan.

Sekian.

Read more...

Sekitar Gotong Royong Mini Guru-Guru SABP

>> Sunday, February 14, 2010

Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Pontian
mengadakan Gotong-Royong Mini menceriakan
persekitaran sekolah :
Tarikh : 15 Februari 2010
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari








Read more...

Makluman Cuti Perayaan.

>> Friday, February 12, 2010


Untuk makluman PELAJAR / IBU BAPA / GURU,

Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, sekolah akan bercuti / ditutup mengikut butiran seperti berikut :

14/02/2010 - 19/02/2010
( Ahad ) ( Jumaat)


Sekolah akan dibuka semula pada 22/02/2010 (Isnin).

Oleh yang demikian, cuti berganti diadakan pada 23/01/2010 (Sabtu) dan 06/02/ 2010 (Sabtu).

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Read more...

Sekitar Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian 2010

>> Wednesday, February 10, 2010


Read more...

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian 2010

>> Tuesday, February 2, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Februari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Bandar Pontian.

Antara acara yang dipertandingkan :
- Tilawah Al-Quran Tahap 1 & 2 ( L / P )
- Berzanji Tahap 1 & 2 ( L / P )
- Hafazan Tahap 1 & 2
- Seni Khat Tahap 1 & 2
- Azan Tahap 1 & 2
- Syarahan Bahasa Arab
- Tafsir Ayat
- Bercerita
- Kuiz Tahun 1, 2 & 3

Semoga Berjaya kepada semua peserta.

Read more...

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP