Program Hari Terbuka dan Gerai Jualan 2010
>> Friday, June 25, 2010
Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
-:: Klik pada gambar untuk gambar lain ::-




-:: Klik pada gambar di atas untuk ke gambar seterusnya ::-
( TADIKA AGAMA JOHOR) 
Tahniah diucapkan kepada :
1- Adik Mohd Nasirudin Bin Rahamat ( Johan Al-Quran Lelaki Tahap 2)
2- Adik Fatin Atikah Binti Mohan Happy ( Naib Johan Al-Quran Perempuan Tahap 2 )
3- Adik Waliyahtul Mumtazah Binti Mohd Fauzi ( Naib Johan Syarahan Tafsir Ayat )
4- Adik Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan ( Naib Johan Syarahan Bahasa Arab )
5- Adik Siti Nur Umairah Binti Md Yunos ( Ketiga Al-Quran Perempuan Tahap 1 )
kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )
Warga SA Bandar Pontian berbangga dengan kejayaan tersebut.
Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

++ Klik SINI untuk melihat gambar-gambar yang lain++
Dimaklumkan bahawa Unit HEM, Sekolah Agama Bandar Pontian akan mengadakan "Kursus Kepimpinan Pelajar 2010" seperti mana ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mac 2010
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
Kehadiran : Wajib ( Pengawas, Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas.)
Fasilitator Jemputan :
1) Muhammad Halmi Bin Jaapar ( Ketua ) - SRAB Kluang
2) Mohammad Zahdidi Bin Abdullah - SRAB Kota Tinggi
3) Mustakim Bin Madi - Guru Penolong, SA Batu 26, Kulai Jaya
4) Mohd Syahril Bin Ramdan - Guru Penolong, SA Ladang Bukit Benut, Kluang
5) Siti Aishah Binti Sutarmo - Guru Penolong, SA Parit Semerah, pontian
6) Norlila Binti Hasmun - Guru Penolong Kanan 1 SA Taman Tasik
7) Mohd Khalid Bin Darmin - Guru Penolong, SA Parit Semerah, Pontian

Bermula 13 Mac 2010 cuti pertengahan penggal akan bermula hingga 21 Mac 2010. Kepada semua pelajar yang akan bercuti diharapkan dapat memanafaatkan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.
Tempoh bercuti bukan bermakna proses pembelajaran terhenti seketika, namun pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh bercuti masih boleh dianggap proses pembelajaran secara tidak langsung. Rajin rajinlah membaca dan gunakanlah teknologi yang ada untuk menambah pengetahuan.
Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Mudah mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing masing akan melangkah semula ke sekolah dengan semangat dan azam yang tinggi untuk menunaikan amanah dan tanggung jawab. Selamat bercuti dari seluruh warga Sekolah Agama Bandar Pontian

Adalah di maklumkan, ujian setara Mac akan diadakan pada 8, 9,10, 11 dan 12 Mac 2010.
Pelajar-pelajar diharap dapat mengulangkaji pelajaran iaitu Tauhid,Ibadat, Akhlak, Tulisan Jawi dan Sirah.
Selamat Menjalani Ujian dari Warga Guru SA Bandar Pontian.
Pada 26 Februari 2010, Sekolah Agama Bandar Pontian telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah Peringkat Daerah Pontian yang bertempat di Masjid Jamek Bandar Pontian.
Semua kontinjen telah berkumpul di Padang Mini Pontian dan Perarakan ini telah dimulakan oleh Kontinjen dari SMK Dato' Penggawa Barat dan seterusnya kontinjen dari sekolah-sekolah berhampiran sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Kontinjen-kontinjen adalah dari SMK Dato' Penggawa Barat, Maahad Pontian, SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA), SMK Sri Perhentian, SK Tengku Mahmood Iskandar 1, SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Bandar Potian, Tadika Nadi Permata, Sekolah Agama Bandar Pontian dan Sekolah Agama Parit Semerah.
Terima kasih kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam perbarisan tersebut.
"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan tersebut :













VISI
" Islam Sebagai Cara Hidup "
MISI
"Menjadikan Jabatan Agama Johor Sebagai Satu Agensi Sosial Terunggul Melalui Usaha Dari Aktiviti Yang Berterusan Serta Menyeluruh Dalam Pembentukan Individu Yang Sentiasa Berpegang Teguh Kepada Ajaran Islam Seluruhnya Bagi Melahirkan Sebuah Masyarakat Yang Berketrampilan, Harmoni, Dinamik, Cergas, Cerdas, Berdaya Saing, Bersatupadu, Berakhlak Mulia Dan Memiliki Jatidiri Unggul Sebagai Pemangkin Kepada Kesejahteraan Ummah Dan Negara"
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP