SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H

>> Wednesday, February 24, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Warga Sekolah Agama Bandar Pontian mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada umat Islam khususnya...


Tahun ini jika dilihat kepada kalendar Islam, kita telah memasuki tahun 1431 Hijrah. Tahun ini "Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah" menjadi tema kepada sambutan Maulidur Rasul.

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Jika diimbas kembali sejarah Rasullah SAW, banyak pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan. Sehinggalah agama Islam telah mencapai kegemilangan dan kejayaannya. Tetapi kita harus ingat, dewasa ini banyak perpecahan antara umat Islam sehingga membawa kepada perpecahan di kalangan kita. Bagi musuh-musuh Islam mereka amat bergembira dengan perpecahan ini, sehingga mereka berani mengambil kesempatan ke atas saudara Islam kita yang lemah dan tidak berkemampuan. Oleh itu, sempena sambutan Maulidur Rasul ini, sedarlah wahai umat Islam, bangunlah dan berikrarlah untuk menegakkan Syiar Islam dan mencapai kejayaan.

Sekian.

0 comments:

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP