Pendaftaran Pelajar Tahun 1/2018

>> Sunday, July 2, 2017

Pendaftaran Darjah Satu bagi tahun 2018 telah dibuka mulai 01 Julai 2017 hingga 31 Oktober 2017. Borang Pendaftaran boleh di ambil di Pejabat Sekolah Agama Bandar Pontian waktu pejabat. TQ.

Read more...

Tilawah Al-Quran Bagi Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor Peringkat Negeri

>> Saturday, September 6, 2014

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kumpulan Nasyid (Lelaki) sekolah ini telah terpilih untuk mewakili Daerah Pontian. Semoga berjaya!!!

Read more...

Pendaftaran Pelajar Darjah Satu 2015

Pendaftaran di buka dari 01 Julai 2014 hingga 31 Oktober 2014. Borang boleh didapati di Pejabat Sekolah Agama Bandar Pontian.

Read more...

Makluman Tarikh Pembayaran Yuran

>> Monday, December 16, 2013

Perhatian kepada Ibu / Bapa / Penjaga Pelajar Sekolah Agama Bandar Pontian :

Pembelian Kitab :
Tarikh : 19 Disember 2013
Jam : 8 pg - 12 tengah hari

Pembayaran Yuran Sekolah :
Tarikh : 01 Januari 2014
Jam : 8 pg - 11.30 pagi

Sesi persekolahan : Penggal 1

1. 01 Januari 2014 - 20 Mac 2014
2. 30 Mac 2014 - 26 Mei 2014

Cuti persekolah : Penggal 1

1. 21 Mac 2014 - 29 Mac 2014
2. 27 Mei 2014 - 14 Jun 2014

Read more...

MAKLUMKAN CUTI AKHIR TAHUN 2013

>> Tuesday, November 19, 2013

Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian

Dengan hormatnya dimaklumkan, cuti semester akhir tahun pada:-


Cuti Semester Akhir Tahun 2013 : 16 November 2013 - 31 Disember 2013

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sekian terima kasih

Read more...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SDEA & SDKA 2013


Warga Guru SA Bandar Pontian mengucapkan 
Selamat menduduki :

Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)2013
bagi murid darjah 6 
bermula pada 18 hingga 21 November 2013
dan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2013
bagi murid darjah khas
bermula 25 hingga 29 November 2013

Didoakan semoga diberi ketenangan dan kemudahan menjawab serta beroleh kejayaan yang cemerlang.Insya Allah

Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

>> Saturday, May 19, 2012


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Bandar Pontian
akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 21 Mei 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian

"TERIMA KASIH CIKGU"
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Read more...

SELAMAT HARI GURU 2012

 
Selamat hari guru buat warga guru

"SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN."

Semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran mendidik anak-anak bangsa.

Amin..Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Read more...

JADUAL PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2012

>> Wednesday, May 9, 2012

Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Setengah Tahun 2012 akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:

Tahap 1 : 7 Mei 2012 - 11 Mei 2012
Tahap 2 : 14 Mei 2012 - 18 Mei 2012

:: JADUAL PEPERIKSAAN ::
 Selamat Menduduki Peperiksaan kepada murid-murid Sekolah Agama Bandar Pontian. Semoga kejayaan mengiringi anda semua. Amin

Ikhlas dari : Warga Guru Sekolah Agama Bandar Pontian.

Read more...

Sekalung Tahniah

>> Wednesday, May 2, 2012

Tahniah diucapkan kepada :

1- Adik Mohd Mohd Firdaus Bin Samsudin ( Naib Johan Al-Quran Lelaki Tahap 1)
2- Adik Noor Safwanah Binti Mohd Zain ( Naib Johan Syarahan Tafsir Ayat )
3- Adik Suhana Binti Sabtu ( Naib Johan Seni Khat )
4- Adik Muhammad Nasoha Bin Muzakkir ( Naib Johan Hafazan Al-Quran Tahap 2 )
5- Adik Nor Afrina Binti Shafie ( Naib Johan Hafazan Al-Quran Tahap 1 )
6- Adik Nor Shahirah Binti Jamaluddin ( Ketiga Al-Quran Perempuan Tahap 2 )

kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )

Warga SA Bandar Pontian berbangga dengan kejayaan tersebut.

Read more...

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah)

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 25 April 2012
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Agama Parit Haji Adnan, Pontian
Sekolah Agama Bandar Pontian menghantar seramai 12 orang peserta.
Al-Quran Tahap 1 ( L ) - Mohd Firdaus Bin Samsudin
Al-Quran Tahap 1 ( P )-   Nur Nabilah Binti Ahmad Shah
Al-Quran Tahap 2 ( L ) - Mohd Asyraf Bin Ghazali
Al-Quran Tahap 2 ( P ) - Nor Shahirah Binti Jamaluddin
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Suhana Binti Sabtu
Hafazan Tahap 1 - Nur Afrina Binti Shafie
Hafazan Tahap 2- Muhammad Nasoha Bin Muzakkir
Berzanji Tahap 2 ( L )- Muhammad Azit Bin Zakariah
Berzanji Tahap 2 ( P )- Nor Adlina Binti Komar Shah
Syarahan Bahasa Arab - Fatin Nur Sabrina Binti Mohd Helmi
Tafsir Ayat - Noor Safwanah Binti Mohd Zain
Azan Tahap 1 - Muhammad Muaz Bin Masyamir
Azan Tahap 2 - Aiman Haziq Bin Shamsudin
Syarahan Bahasa Melayu - Nor Nisha
Semoga Berjaya kepada semua peserta.

Read more...

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

>> Wednesday, June 22, 2011

( SUMBER : http://www.faizalr.com )

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

wallahua'lam..

Read more...

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian 2011

>> Wednesday, February 16, 2011


Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Februari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Bandar Pontian.

Antara acara yang dipertandingkan :
- Tilawah Al-Quran Tahap 1 & 2 ( L / P )
- Berzanji Tahap 1 & 2 ( L / P )
- Hafazan Tahap 1 & 2
- Azan Tahap 1 & 2
- Syarahan Bahasa Arab
- Tafsir Ayat
- Bercerita

Semoga Berjaya kepada semua peserta.

Read more...

Selamat Berpindah Ustazah Siti Azarah...

>> Tuesday, February 15, 2011


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata, di hati tidak lupa.....

Selamat berpindah ke sekolah baru diucapkan kepada Ustazah Siti Azarah Binti Sarnap yang akan menyambung perkhidmatan di Sekolah Agama Pontian Besar pada 16 Februari 2011. Sesungguhnya warga Sekolah Agama Bandar Pontian merasakan begitu kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahtaraan Ustazah Siti Azarah. Semoga di sekolah baru, beliau akan terus mengekalkan kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

Read more...

PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN SERTA PERALATAN DARJAH KHAS SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN SESI 2011

>> Thursday, January 13, 2011

Pendaftaran dan Pembayaran Yuran serta Peralatan bagi Darjah Khas 2011 Sekolah Agama Bandar Pontian adalah sepertimana ketetapan berikut :

Hari : Sabtu
Tarikh : 15 Januari 2011 ( 10 Safar 1432 )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian

**Klik Gambar di bawah untuk lihat senarai bayaran yuran dan peralatan.
KENYATAAN :

Sila bawa :

1) 3 Salinan Fotostat Kad Pengenalan

2) 3 Salinan Slip Keputusan Darjah 6

3) Wang secukupnya.


Sekian, terima kasih.

Read more...

PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN SDEA 2010

Keputusan SDEA 2010 Sekolah Agama Bandar Pontian akan diisytiharkan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 14 Januari 2010 ( 9 Safar 1432 )
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian

Read more...

PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN DAN KITAB PELAJARAN 2011

>> Monday, December 27, 2010


Pihak sekolah akan mengadakan kutipan yuran sekolah dan kitab pelajaran bagi tahun 2011 sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Disember 2010 ( Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian


*Kepada ibu bapa / penjaga diharap dapat menjalankan kewajipan tersebut dengan berurusan melalui guru-guru yang bertugas untuk mengelakkan gangguan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid pada hari pertama persekolahan nanti.


Terima kasih.



Read more...

MAKLUMAN CUTI UMUM DEEPAVALI, HARI RAYA AIDIL ADHA DAN CUTI SEMESTER AKHIR TAHUN 2010

>> Tuesday, November 2, 2010



Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian

Dengan hormatnya dimaklumkan,Cuti Umum Deepavali dan Hari Raya Aidil Adha pada:-

Deepavali : 5 November 2010 ( Jumaat )
Hari Raya Aidil Adha : 17 November 2010 ( Rabu )
Cuti Semester Akhir Tahun 2010 : 20 November 2010 - 2 Januari 2011

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sekian terima kasih

Read more...

PROGRAM SKOR SDEA

>> Monday, July 5, 2010

Sekolah Agama Bandar Pontian telah mengadakan "PROGRAM SKOR SDEA 2010" sepertimana ketetapan berikut :
Hari : Jumaat dan Ahad
Tarikh : 2 dan 4 Julai 2010
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian.


Antara pengisian program tersebut adalah :
1) Kursus Pendedahan Penyembelihan
Dibimbing oleh : Ustaz Mustakim Bin Subohi dan Tn Haji Hasan Bin Rakom

2) Kursus Motivasi Pelajar Cemerlang
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Fahmi Bin Mohammad

3) Kursus Teknik Menjawab Soalan
Disampaikan oleh : Ustaz Mohd Zamri Bin Momen

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada para penderma, ibu bapa, pelajar serta penceramah kerana telah bersama-sama menjayakan program yang dirancang dengan jayanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik yang telah diberikan.

Read more...

Program Hari Terbuka dan Gerai Jualan 2010

>> Friday, June 25, 2010



Sekolah Agama Bandar Pontian telah mengadakan Program Hari Terbuka dan Gerai Jualan 2010 sepertimana ketetapan berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian


-:: Klik pada gambar untuk gambar lain ::-


Read more...

Program Hari Keluarga SABP 2010

>> Thursday, June 10, 2010

Program Hari Keluarga Sekolah Agama Bandar Pontian 2010 diadakan sepertimana berikut :

Tarikh : 8 - 9 Jun 2010
Hari : Selasa - Rabu
Tempat : Pantai Teluk Gorek, Mersing


-:: Klik pada gambar di atas untuk ke gambar seterusnya ::-

Read more...

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010

>> Friday, June 4, 2010

Semua Ibu bapa/Penjaga
Murid-Murid Sekolah Agama Bandar Pontian

Dengan hormatnya dimaklumkan,Cuti Pertengahan Tahun akan bermula pada:-

5 Jun 2010(Sabtu) hingga 20 Jun 2009(Ahad)

Sesi Persekolahan akan bermula semula pada 21 Jun 2009 (Isnin)

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan bagi memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran semasa cuti serta mengisi masa ketika cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat hadir ke sekolah semula pada tarikh yang ditetapkan.

Sekian terima kasih

Read more...

Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 13 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009

>> Wednesday, May 26, 2010



Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 13
dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Hari : Khamis
Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Bandar Pontian
Dirasmikan oleh : Tuan Haji Kamaruddin Bin Komeng Al-Hafiz
(Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian)

Ibu bapa/penjaga dijemput hadir.

Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

>> Sunday, May 23, 2010


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Agama Bandar Pontian
akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 24 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi ( Sesi Pagi )
2.00 petang ( Sesi Petang )
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian

"TERIMA KASIH CIKGU"
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Read more...

SELAMAT HARI GURU

>> Friday, May 14, 2010


Selamat hari guru buat warga guru

"SEKOLAH AGAMA BANDAR PONTIAN."

Semoga dikurniakan kekuatan dan kesabaran mendidik anak-anak bangsa.

Amin..Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Read more...

JADUAL PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010

>> Thursday, May 6, 2010


Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Setengah Tahun 2010 akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:

TAJ : 17 Mei 2010 - 20 Mei 2010
Tahap 1 : 10 Mei 2010 - 14 Mei 2010
Tahap 2 : 17 Mei 2010 - 21 Mei 2010


:: JADUAL PEPERIKSAAN ::

( TADIKA AGAMA JOHOR)

_______________________________________________

( TAHAP 1 - Darjah 1, 2 dan 3 )

_______________________________________________

( TAHAP 2 - Darjah 4 dan 5 )

_______________________________________________


( TAHAP 2 - Darjah 6 )

_______________________________________________


Selamat Menduduki Peperiksaan kepada murid-murid Sekolah Agama Bandar Pontian. Semoga kejayaan mengiringi anda semua. Amin

Ikhlas dari : Warga Guru Sekolah Agama Bandar Pontian.

Read more...

Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana

>> Saturday, April 24, 2010


Murid-murid Darjah 6 Sekolah Agama Bandar Pontian akan menyertai Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Al-Faizin, Parit Semerah
Anjuran : Majlis Guru Agama Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )

Diharapkan program tersebut berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.


Read more...

Sekalung Tahniah

>> Thursday, April 22, 2010

Tahniah diucapkan kepada :

1- Adik Mohd Nasirudin Bin Rahamat ( Johan Al-Quran Lelaki Tahap 2)
2- Adik Fatin Atikah Binti Mohan Happy ( Naib Johan Al-Quran Perempuan Tahap 2 )
3- Adik Waliyahtul Mumtazah Binti Mohd Fauzi ( Naib Johan Syarahan Tafsir Ayat )
4- Adik Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan ( Naib Johan Syarahan Bahasa Arab )
5- Adik Siti Nur Umairah Binti Md Yunos ( Ketiga Al-Quran Perempuan Tahap 1 )

kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )

Warga SA Bandar Pontian berbangga dengan kejayaan tersebut.

Read more...

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah)

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 22 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Agama Pekan Nenas, Pontian

Sekolah Agama Bandar Pontian menghantar seramai 12 orang peserta.
Al-Quran Tahap 1 ( L ) - Abd Muntasir Bin Md Nor
Al-Quran Tahap 1 ( P )- Siti Nur Umairah Bt Md Yunos
Al-Quran Tahap 2 ( L ) - Mohd Nasirudin Bin Rahamat
Al-Quran Tahap 2 ( P ) - Fatin Atikah Binti Mohan Happy
Seni Khat Tahap 1 ( L.P ) - Siti Sarafina Binti Hamzah
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Nor Hazirah Binti Sazali
Hafazan Tahap 1 - Nor Shahirah Binti Jamaluddin
Hafazan Tahap 2- Mohd Dhiya'uddin Bin Mohd Fauzi
Berzanji Tahap 2 ( L )- Amirul Adli Bin Wahidon
Berzanji Tahap 2 ( P )- Nor Faradina Binti Faizal
Syarahan Bahasa Arab - Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan
Tafsir Ayat - Waliyatul Mumtazah Binti Mohd Fauzi

Semoga Berjaya kepada semua peserta.





Read more...

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1431 H / 2010M DAN KERAIAN GURU BERPINDAH

>> Thursday, April 8, 2010


Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Pontian dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Pontian akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H
pada 9 & 10 April 2010 ( Jumaat dan Sabtu ).

Aturcara :

9 April 2010 ( Jumaat)
2.30petang - Pendaftaran peserta pertandingan
2.40 petang - Pengadil Pertandingan mengambil tempat

2.45 petang - Pertandingan dimulakan

- Mewarna
- Kuiz Sirah
- Cantik Jawi
- Nasyid dan Marhaban
5.00 petang - Pertandingan tamat dan bersurai


10 April 2010 ( Sabtu )
7.30 pagi - Murid-murid berkumpul
7.45 pagi - Perarakkan bermula

- Masuk ke dalam dewan

- Bacaan Doa - Bacaan Berzanji dan Selawat
- Ceramah Maulidur Rasul
- Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

- Penyampaian Cenderahati kepada guru-guru yang berpindah - Jamuan diedarkan dan bersurai

Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.



++ Klik SINI untuk melihat gambar-gambar yang lain++

Read more...

Sekitar Kursus Kepimpinan Pelajar 2010

>> Thursday, March 18, 2010


Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2010

>> Friday, March 12, 2010



Dimaklumkan bahawa Unit HEM, Sekolah Agama Bandar Pontian akan mengadakan "Kursus Kepimpinan Pelajar 2010" seperti mana ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Mac 2010
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Sekolah Agama Bandar Pontian
Kehadiran : Wajib ( Pengawas, Ketua Kelas & Pen. Ketua Kelas.)

Fasilitator Jemputan :
1) Muhammad Halmi Bin Jaapar ( Ketua ) - SRAB Kluang
2) Mohammad Zahdidi Bin Abdullah - SRAB Kota Tinggi
3) Mustakim Bin Madi - Guru Penolong, SA Batu 26, Kulai Jaya
4) Mohd Syahril Bin Ramdan - Guru Penolong, SA Ladang Bukit Benut, Kluang
5) Siti Aishah Binti Sutarmo - Guru Penolong, SA Parit Semerah, pontian
6) Norlila Binti Hasmun - Guru Penolong Kanan 1 SA Taman Tasik
7) Mohd Khalid Bin Darmin - Guru Penolong, SA Parit Semerah, Pontian

Read more...

MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2010


Bermula 13 Mac 2010 cuti pertengahan penggal akan bermula hingga 21 Mac 2010. Kepada semua pelajar yang akan bercuti diharapkan dapat memanafaatkan cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Tempoh bercuti bukan bermakna proses pembelajaran terhenti seketika, namun pelbagai perkara yang berlaku dalam tempoh bercuti masih boleh dianggap proses pembelajaran secara tidak langsung. Rajin rajinlah membaca dan gunakanlah teknologi yang ada untuk menambah pengetahuan.

Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Mudah mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing masing akan melangkah semula ke sekolah dengan semangat dan azam yang tinggi untuk menunaikan amanah dan tanggung jawab. Selamat bercuti dari seluruh warga Sekolah Agama Bandar Pontian

Read more...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH KHAS TAHUN 2009


Makluman Kepada Ibubapa/Penjaga
Murid Sekolah Agama Bandar Pontian,

Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Tahun 2009 Boleh Diambil Di Pejabat Sekolah Agama Bandar Pontian Bermula:-

Tarikh: 12/03/2010(Jumaat)
Masa:Waktu Persekolahan.

Tuan/Puan @Anak Boleh Berjumpa Dengan Pembantu Tadbir(Pn Sahidawati)

Majlis Guru Mengucapkan Tahniah Bagi Pelajar Yang Berjaya

Read more...

MAKLUMAN UJIAN SETARA

Adalah di maklumkan, ujian setara Mac akan diadakan pada 8, 9,10, 11 dan 12 Mac 2010.

Pelajar-pelajar diharap dapat mengulangkaji pelajaran iaitu Tauhid,Ibadat, Akhlak, Tulisan Jawi dan Sirah.

Selamat Menjalani Ujian dari Warga Guru SA Bandar Pontian.



Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian 1431 H

>> Friday, February 26, 2010

Pada 26 Februari 2010, Sekolah Agama Bandar Pontian telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah Peringkat Daerah Pontian yang bertempat di Masjid Jamek Bandar Pontian.



Semua kontinjen telah berkumpul di Padang Mini Pontian dan Perarakan ini telah dimulakan oleh Kontinjen dari SMK Dato' Penggawa Barat dan seterusnya kontinjen dari sekolah-sekolah berhampiran sambil berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.



Kontinjen-kontinjen adalah dari SMK Dato' Penggawa Barat, Maahad Pontian, SMK Dato' Ali Haji Ahmad (SDAHA), SMK Sri Perhentian, SK Tengku Mahmood Iskandar 1, SK Tengku Mahmood Iskandar 2, SK Bandar Potian, Tadika Nadi Permata, Sekolah Agama Bandar Pontian dan Sekolah Agama Parit Semerah.



Terima kasih kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam perbarisan tersebut.




"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"



Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan tersebut :



Read more...

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP