Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana

>> Saturday, April 24, 2010


Murid-murid Darjah 6 Sekolah Agama Bandar Pontian akan menyertai Kursus Motivasi Darjah Enam & Amali Haji Perdana yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Masjid Jamek Al-Faizin, Parit Semerah
Anjuran : Majlis Guru Agama Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )

Diharapkan program tersebut berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.


Read more...

Sekalung Tahniah

>> Thursday, April 22, 2010

Tahniah diucapkan kepada :

1- Adik Mohd Nasirudin Bin Rahamat ( Johan Al-Quran Lelaki Tahap 2)
2- Adik Fatin Atikah Binti Mohan Happy ( Naib Johan Al-Quran Perempuan Tahap 2 )
3- Adik Waliyahtul Mumtazah Binti Mohd Fauzi ( Naib Johan Syarahan Tafsir Ayat )
4- Adik Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan ( Naib Johan Syarahan Bahasa Arab )
5- Adik Siti Nur Umairah Binti Md Yunos ( Ketiga Al-Quran Perempuan Tahap 1 )

kerana telah mengharumkan nama Sekolah Agama Bandar Pontian di Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 ( Tengah )

Warga SA Bandar Pontian berbangga dengan kejayaan tersebut.

Read more...

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah)

Majlis Tilawah Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Daerah Pontian Zon 2 (Tengah) akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 22 April 2010
Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Agama Pekan Nenas, Pontian

Sekolah Agama Bandar Pontian menghantar seramai 12 orang peserta.
Al-Quran Tahap 1 ( L ) - Abd Muntasir Bin Md Nor
Al-Quran Tahap 1 ( P )- Siti Nur Umairah Bt Md Yunos
Al-Quran Tahap 2 ( L ) - Mohd Nasirudin Bin Rahamat
Al-Quran Tahap 2 ( P ) - Fatin Atikah Binti Mohan Happy
Seni Khat Tahap 1 ( L.P ) - Siti Sarafina Binti Hamzah
Seni Khat Tahap 2 ( L.P ) - Nor Hazirah Binti Sazali
Hafazan Tahap 1 - Nor Shahirah Binti Jamaluddin
Hafazan Tahap 2- Mohd Dhiya'uddin Bin Mohd Fauzi
Berzanji Tahap 2 ( L )- Amirul Adli Bin Wahidon
Berzanji Tahap 2 ( P )- Nor Faradina Binti Faizal
Syarahan Bahasa Arab - Nur Sara Jasmin Binti Mohd Nor Ikhwan Tan
Tafsir Ayat - Waliyatul Mumtazah Binti Mohd Fauzi

Semoga Berjaya kepada semua peserta.





Read more...

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1431 H / 2010M DAN KERAIAN GURU BERPINDAH

>> Thursday, April 8, 2010


Majlis Guru Sekolah Agama Bandar Pontian dengan usahasama Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Pontian akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H
pada 9 & 10 April 2010 ( Jumaat dan Sabtu ).

Aturcara :

9 April 2010 ( Jumaat)
2.30petang - Pendaftaran peserta pertandingan
2.40 petang - Pengadil Pertandingan mengambil tempat

2.45 petang - Pertandingan dimulakan

- Mewarna
- Kuiz Sirah
- Cantik Jawi
- Nasyid dan Marhaban
5.00 petang - Pertandingan tamat dan bersurai


10 April 2010 ( Sabtu )
7.30 pagi - Murid-murid berkumpul
7.45 pagi - Perarakkan bermula

- Masuk ke dalam dewan

- Bacaan Doa - Bacaan Berzanji dan Selawat
- Ceramah Maulidur Rasul
- Persembahan Murid
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

- Penyampaian Cenderahati kepada guru-guru yang berpindah - Jamuan diedarkan dan bersurai

Semoga perjalanan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.WT. Amin.



++ Klik SINI untuk melihat gambar-gambar yang lain++

Read more...

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP